Cari @ Amanz

Pada hari ini, sekiranya anda membuat pembelian menggunakan PayPal, anda akan dibawa ke laman web PayPal terlebih sebelum menyelesaikan transaksi. Perkara ini mungkin tidak begitu digemari ramai, dan ia dilihat PayPal akan mengubahnya tidak lama lagi.

PayPal

Untuk mengatasinya, kini PayPal memperkenalkan sokongan checkout baru, dimana pembeli boleh melakukan transaksi tanpa meninggalkan laman penjual.

Mengikut paparan skrin yang dikongsikan, sebaik sahaja pengguna memilih untuk membuat bayaran, mereka akan diperlihatkan dengan sebuah pop-up untuk membuat bayaran. Pengalaman transaksi juga diselarikan antara desktop dan juga peranti mudah-alih.

Proses transaksi juga dilihat lebih mudah berbanding yang sekarang ini. PayPal dijangka akan memperkenalkan proses pembayaran baru ini bermula dengan beberapa rakan kerjasama sebelum memperluaskannya kepada semua penjual seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd