Cari @ Amanz

HTC pada tahun lepas sedia popular dengan peranti Android mereka, HTC One. Perkara ini membuatkan ramai yang menantikan kemaskini peranti berkenaan, yang mana dikenali dengan nama kod “HTC M8” buat masa ini.

Melalui sebuah gambar yang hadir ke arena web hari ini, ia memperlihatkan sebuah kerangka belakang baru, yang mana menyertakan dwi-LED, disamping dilengkapi susunan dua lensa kamera yang agak janggal.

HTC M8

Ia masih tidak diketahui sepenuhnya adakah kedua-duanya adalah lensa kamera, ataupun perkara lain. Dari segi rekaan, ia tidak nampak seperti pengimbas cap jari yang terdapat pada HTC One Max sebelum ini. Mungkin kita akan dapat jawapan penuh untuknya dalam masa lebih kurang sebulan lagi.

HTC M8 dikatakan akan dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon dan skrin bersaiz 5-inci, selain membawakan butang atas skrin dan bukannya butang kapasitif seperti sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd