Facebook pada malam semalam telah memperkenalkan Facebook “A Look Back” dalam membolehkan pengguna melihat detik-detik menarik mereka di Facebook sejak menyertainya. Memandangkan ramai yang mengemarinya, semestinya ada yang ingin memuat-turun dan menyimpan video tersebut sebagai kenangan.
Untuk memuat-turunnya dengan mudah, beberapa pembangun telah hadir dengan script khas yang boleh dijalankan pada Chrome, dan mendapatkan pautan muat-turun untuknya.
Salah satu yang telah kami uji adalah daripada xadhik. Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu;
- Membuka laman Facebook “A Look Back” pada Chrome
- Menyalin kod khas dari laman GitHub xadhik
- Tekan kekunci CTRL + SHIFT + J pada tab Facebook “A Look Back” berkenaan.
- Tampal kod berkenaan, dan tekan “Enter”
- Klik kanan pada pautan yang hadir, dan muat-turun video anda