Cari @ Amanz

Xperia Z1 Compact
Pemproses Snapdragon 800 2.2Ghz
RAM 2GB
Muatan Dalaman 16GB
Kamera 20.7-megapixel, 2-Megapixel Depan
Skrin 4.3-inci 720×1280 LCD
Bateri 2300 mAh

Sony pada CES 2014 yang lepas telah memperlihatkan salah satu telefon pintar baru mereka yang mana merupakan variasi bersaiz mini untuk Xperia Z1, dinamakan sebagai Sony Xperia Z1 Compact. Pada MWC 2014 yang diadakan minggu ini, kami telah berpeluang untuk mencuba sendiri peranti baru daripada Sony ini.

Rekabentuk

Sony Xperia Z1 Compact mengekalkan rekabentuk Xperia Z1, dan membawakan perbezaan dari segi saiz. Xperia Z1 Compact ini menggunakan skrin bersaiz 4.3-inci, dan dilihat amat selesa untuk digunakan pada sebelah tangan dan juga pada mereka yang mempunyai saiz tangan bersaiz kecil.

Disamping itu, berbeza dengan peranti Sony yang lain, Z1 Compact ini hadir dalam beberapa pilihan warna, menjadikan peranti ini lebih menarik perhatian berbanding peranti Sony lain yang hanya hadir dalam pilihan warna ungu, hitam dan putih sahaja.

[amanz-gallery]

Spesifikasi

Walaupun telefon pintar ini digelar sebagai peranti “mini” untuk Xperia Z1, namun dari segi spesifikasi ia masih kekal menggunakan spesifikasi seumpama peranti utama mereka, termasuk dilengkapi dengan kamera belakang 20.7-megapixel untuk tujuan rakaman gambar.

Dari segi skrin paparan, peranti ini menggunakan resolusi 720×1280 pixel, sekaligus membolehkan peranti ini sesuai untuk digunakan untuk seharian – dan dioptimasikan untuk penggunaan bateri yang sedikit kecil bersesuaian dengan binaan badannya.

Lain-Lain

Selain daripada binaan dan tawaran skrin bersaiz kecil, ia masih dilengkapi dengan pelbagai fungsi menarik daripada Sony, termasuk pada bahagian kamera, dan juga antaramuka Sony.

Ia tidak diketahui lagi bilakah tarikh rasmi pihak Sony akan menawarkan telefon pintar ini untuk pasaran Malaysia. Mungkin ia akan lebih menarik sekiranya pihak Sony menggunakan kemaskini Android 4.4 KitKat sebelum memasarkan ia di pasaran tempatan kelak.

Xperia Z1 Compact

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd