Cari @ Amanz

Pihak Microsoft kini dalam proses menjenamakan semula SkyDrive kepada OneDrive, dan beberapa info mengenai pembaharuan yang akan dibawakan melalui OneDrive mula kelihatan satu demi satu.

Daripada paparan skrin yang dikongsikan oleh LiveSide, ia dilihat OneDrive akan menawarkan dua kaedah untuk pengguna menambah ruangan storan percuma mereka.

OneDrive Bonus

Salah satunya adalah seperti Dropbox, dimana setiap pengguna boleh menjemput rakan-rakan mereka untuk mendaftarkan akaun OneDrive, seterusnya menerima ruangan tambahan sehingga 5GB (500MB untuk setiap pendaftaran).

Pada masa yang sama, pengguna yang menggunakan peranti mudah-alih, anda boleh mengaktifkan sokongan sync untuk gambar, dan mendapatkan ruangan tambahan sebanyak 3GB.

Penambahan tawaran ruangan storan ini akan ditawarkan sebagai tambahan kepada ruangan percuma 7GB yang diberikan kepada pengguna baru.

Microsoft dilihat sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan perkhidmatan OneDrive mereka, dimana selain versi web, pembangunanya juga turut telah dilihat diintegrasikan pada Windows 8.1 Update 1.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd