Cari @ Amanz

Pada minggu ini, Facebook telah memperkenalkan sokongan Facebook “A Look Back” yang memperlihatkan kemaskini status dan perkongsian daripada anda menyertai Facebook sehingga terkini dalam bentuk video interaktif.

Facebook Lookback

Namun, terdapat beberapa pengguna yang tidak menyukai apa yang dipaparkan pada video mereka, dan mungkin ingin mengubahnya.

Ia dilihat, tidak lama lagi pihak Facebook akan menyertakan sokongan penyuntingan membolehkan anda boleh memilih apa yang ingin diperlihatkan dan apa yang tidak ingin ditunjukkan – sebelum mengubahnya menjadi video.

Tarikh rasmi bilakah ia akan diperkenalkan tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan dapat melihatnya dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd