Cari @ Amanz

Selain daripada fungsi baru seperti Battery Power Saver, pilihan aplikasi permesejan utama untuk SMS dan MMS, dan sokongan VPN, salah seorang pembangun turut berkongsi dengan lebih menyeluruh, memperlihatkan pelbagai perkara baru yang dibawakan pada SDK pembangunan Windows Phone 8.1.

Windows Phone 8.1

Windows Phone 8.1

Salah satunya adalah pemain YouTube, dimana kini ia dikemaskini dan menyertakan sokongan video HTML5. Ia dikatakan pengguna boleh memainkan pada sebarang laman web tanpa masalah tidak seperti sebelum ini. Kemaskini ini dijayakan dengan Internet Explorer 11 yang membawakan kemaskini WebGL dan sokongan teknologi web yang terkini.

Pengguna Windows Phone 8.1 juga boleh membuat pemasang aplikasi pada kad-SD, sekaligus menjimatkan penggunaan storan didalam peranti.

Windows Phone 8.1

Pada panel multi-tasking pula, pengguna boleh mematikan sesuatu aplikasi dengan swipe ke bawah tanpa perlu menekan butang “Close”.

Pengguna juga dilihat boleh mengubah warna bar navigasi, selain mana kemaskini pada aplikasi kamera turut disertakan. Fungsi-fungsi lain adalah termasuk sokongan WiFi-Direct, lebih fungsi untuk penyuntingan media, satu log-masuk untuk akses aplikasi dengan Microsof Account, File Picker baru dan beberapa yang lain.

Windows Phone 8.1

Windows Phone 8.1

Ia dikatakan semua peranti Windows Phone 8 akan menerima kemaskini Windows Phone 8.1. Namun, seperti biasa, perkara ini tidak menerima sebarang komen rasmi daripada pihak Microsoft.

Microsoft dijangka akan berkongsi lebih lanjut berkenaan Windows Phone 8.1 pada acara BUILD bulan April kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd