Cari @ Amanz

Rovio sebelum ini pernah mengumumkan berkenaan dengan Angry Birds Stella. Walaupun info penuh berkaitan dengannya tidak diketahui lagi, ia tidak menghentikan pihak Rovio untuk hadir dengan sebuah lagi teaser untuk permainan mereka – yang dilihat agak berbeza.

Berbanding Stella yang dilihat menekankan tema wanita dan watak yang comel, melalui permainan baru yang dilabelkan sebagai “Permainan epik Angry Birds yang seterusnya”, pihak Rovio dilihat hadir dengan sebuah video promosi yang memfokuskan kepada baju perisai.

Apakah yang akan dibawakan oleh permainan tersebut masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun, pada maklumat video berkenaan, pihak Rovio mengatakan ia akan hadir secara berperingkat mengikut negara – bermula dengan New Zealand dan Canada.

Mungkinkah permainan terbaru ini bakal menjadikan ia benar-benar sebuah permainan yang epik daripada Rovio?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd