Cari @ Amanz

Oppo Find 7
Pemproses 2.5Ghz Snapdragon 800
RAM 3 GB
Muatan Dalaman 32 GB
Kamera 13MP Sony IMX214
Skrin 5.5″ 1440p QuadHD, 538PPI
Bateri 3000 mAh

Pada hari ini, Oppo telah memperkenalkan telefon pintar terbaru daripada mereka, dinamakan sebagai Oppo Find 7. Ia hadir dalam dua variasi – sedikit perbezaan pada spesifikasi – dan bakal ditawarkan di Malaysia pada suku kedua tahun 2014 ini.

Rekabentuk

Oppo Find 7 membawakan rekaan yang menyerupai Find 5 sebelum ini, dan ia hadir dalam variasi warna putih dan juga hitam. Untuk skrin hadapan, pihak Oppo mengatakan mereka ingin menawarkan warna hitam sepenuhnya apabila skrin dimatikan.

Pada bahagian bawah pula, sebuah lampu notifikasi berwarna biru disediakan, membolehkan pengguna mengetahui sekiranya terdapat sebarang perkembangan baru, ataupun mesej daripada orang lain.

Oppo Find 7

Pihak Oppo juga turut menekankan kepada sokongan skrin yang dibawakan oleh Find 7, iaitu paparan Quad-HD, sekaligus menjadikan mereka antara yang terawal menawarkan paparan pada resolusi amat tinggi dalam saiz skrin 5.5-inci.

Pengguna turut boleh menggunakan skrin Oppo Find 7 walaupun ketika tangan anda basah ataupun ketika menggunakan sebarang sarung tangan.

Bagi anda yang mengikuti pengumuman Oppo Find 7, mungkin sedia maklum akan berkenaan pengenalan dua variasi berbeza – satu dengan skrin QuadHD, dan satu lagi dengan paparan HD biasa. Dari segi rekabentuk, kedua-duanya tidak berbeza, dan menurut pihak Oppo, untuk variasi warna hitam, versi QuadHD membawakan sedikit bentuk texture untuk kerangka belakang berbanding versi HD.

Kamera
Oppo Find 7A
Pemproses 2.3Ghz Snapdragon 800
RAM 2 GB
Muatan Dalaman 16 GB
Kamera 13MP Sony IMX214
Skrin 5.5″ 1080p Full HD, 403PPI
Bateri 2800 mAh

Bercakap mengenai Oppo, mereka dilihat memfokuskan lebih kepada bahagian kamera melalui peranti mereka. Sebelum ini, mereka telah membawakan rekaan kamera yang boleh diputarkan melalui Oppo N1, dan untuk Oppo Find 7, mereka dilihat terus menyertakan beberapa pembaharuan pada bahagian kamera.

Salah satunya adalah sokongan rakaman gambar pada kualiti 50-megapixel. Untuknya, sebuah mod khas disediakan, dan pengoptimasian dilakukan dari segi perisian menggunakan rakaman gambar sensor 13-megapixel yang disertakan pada peranti tersebut.

Menurut Oppo, mereka merakamkan sehingga 10 gambar menggunakan kamera tersebut, dan ia akan mengabungkan ke semua bahagian yang jelas dan memberikan kualiti gambar 50-megapixel menggunakannya.

Selain mod tersebut, untuk mod asas kamera tersebut sendiri, pihak Oppo menyertakan fungsi Super Zoom yang boleh merakamkan gambar zoom pada kualiti yang baik tanpa kehilangan perincian gambar tersebut.

Beberapa fungsi lain yang turut disertakan adalah kebolehan untuk mengunci sesuatu objek atau orang yang bergerak – dan kemudian ia akan memberikan fokus untuknya, sekaligus memudahkan pengguna merakamkan gambar menggunakan peranti tersebut.

Pengecasan Pantas dan Audio

Selain bahagian kamera, pihak Oppo turut memberikan perhatian mereka untuk bahagian pengecasan pada peranti ini. Ia masih menggunakan sokongan pengecasan berasaskan mikro-USB, dan menariknya, menggunakan pengecas yang khusus untuk Oppo Find 7 ini, ia menawarkan sokongan pengecasan yang lebih pantas berbanding kebanyakkan peranti lain.

Menurut apa yang dikongsikan Oppo, ia menawarkan sokongan pengecasan sehingga 75% dalam masa lebih kurang 30 minit melalui teknologi yang disertakan pada peranti ini. Ini sekaligus akan memudahkan mereka yang sering bergerak untuk mengecas dengan pantas berbanding kebiasaannya.

Oppo Find 7

Sokongan pengecasan pantas ini hanya khusus apabila pengguna menggunakan pengecas rasmi Oppo Find 7 sahaja, sementara untuk penggunaan pengecas biasa atau kabel mikro-USB biasa, ia akan mengecas dengan kadar biasa seperti kebanyakkan peranti lain.

Disamping itu, pihak Oppo turut dilihat memberikan perhatian kepada bahagian audio pada peranti ini, terutamanya bagi mereka yang gemar menonton atau mendengar lagu menggunakan peranti mudah-alih.

Perisian

Oppo Find 7 dijana menggunakan Android 4.3 Jelly Bean, serta hadir dengan ColorOS daripada Oppo tersendiri yang menawarkan beberapa penambahan.

Antaranya adalah sokongan gesture, dimana pengguna boleh menetapkan beberapa gesture dan seterusnya menggunakan ia melalui skrin kekunci mereka.

Disamping itu, beberapa penambahan turut hadir termasuk dari segi fungsi memilih tema, aplikasi tambahan dan sebagainya.

Memandangkan set yang kami uji ini adalah set untuk China, maka tiada aplikasi Google yang disertakan. Namun, ia akan berbeza untuk versi antarabangsa, dimana aplikasi seperti Google Play, GMail dan sebagainya akan disertakan pada peranti berkenaan.

[amanz-gallery]

Penutup

Daripada penggunaan kami secara ringkas, ia dilihat menawarkan kualiti rakaman gambar yang menarik, disamping binaan yang menarik dan sedap untuk dipegang pada tangan. Buat masa ini, harga jualannya di Malaysia masih tidak diketahui lagi, dan menurut pihak Oppo, ia akan memasuki pasaran tempatan – bermula dengan Oppo Find 7A terlebih dahulu sekitar suku kedua 2014 ini. Di China, Oppo Find 7A ditawarkan pada harga sekitar ~RM1585 dan Oppo Find 7 kelak akan ditawarkan pada harga sekitar ~RM1850.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd