Cari @ Amanz

Bersempena dengan pelancaran rasmi Asus Zenfone untuk rantau Asia Tenggara hari ini, pihak Asus Malaysia turut sama telah mengesahkan harga jualan peranti berkenaan untuk pasaran tempatan.

Seperti laporan kami sebelum ini, Zenfone 4 akan dijual pada harga RM299, Zenfone 5 pada harga RM599 dan juga Zenfone 6 pada harga RM899.

Asus Zenfone

Ketiga-tiga peranti ini akan dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Atom, menyokong dwi-SIM, serta dilengkapi dengan antaramuka khusus daripada Asus yang dinamakan ZenUI.

Zenfone 4 dilihat menggunakan kamera belakang 5-megapixel, Zenfone 5 dengan kamera 8-megapixel PixelMaster dan Zenfone 6 dengan kamera 13-megapixel PixelMaster.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh nantikan sehingga penghujung bulan ini untuk mendapatkan peranti ini daripada para pengedar tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd