Cari @ Amanz

Kami ada beberapa powerbank di rumah tetapi kerap kali apabila mahu digunakan kami sedari ianya sudah tidak mampu mengecas. Ini adalah kerana pada waktu malam kami hanya ingat untuk mengecas peranti pintar dan bukan powerbank itu sendiri. Kami yakin ini bukan masalah yang hanya kami seorang hadapi setiap hari.  Alangkah baik sekiranya alat pengecas dan powerbank boleh digabungkan. Ini pastinya lebih mesra pengguna dan memudahkan hidup kita.

Fluxmob Bolt ialah pengecas peranti dengan powerbank terbina yang kami rasakan adalah antara ciptaan paling pintar pernah kami lihat. Apabila berfungsi sebagai pengecas peranti, bateri powerbank juga akan dicas pada waktu yang sama. Ianya berkapasiti 3000 mAh dan cukup kompak untuk dibawa kemana-mana. Bolt sekaligus menyelesaikan masalah terpaksa membawa alat pengecas dan powerbank pada waktu yang sama.  Ini ialah inovasi yang kami harap menjadi standard pada masa hadapan. Sepatutnya kesemua pengeluar menggunakan Bolt sebagai pengecas yang disertakan sekali dengan setiap pembelian peranti pintar.

Bolt-Battery-Backup-Charger-REIGN23-1

Bolt-Battery-Backup-Charger-REIGN23-2-600x414Sumber Fluxmob

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd