Cari @ Amanz

Sebelum ini, Titan Aerospace pernah dikatakan sedang dalam perbincangan pengambil-alihan oleh Facebook. Agak mengejutkan hari ini, apabila bukan Facebook, sebaliknya Google yang mengumumkan pengambil-alihan syarikat tersebut.

Nilai yang terlibat dalam pembambil-alihan tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.

Teknologi daripada Titan Aerospace ini dikatakan akan membantu dalam Project Loon daripada Google – yang ingin membawa internet kepada lebih ramai pengguna.

Disamping itu, pihak Google juga dijangka menggunakan teknologi dron ini dalam merakamkan pelbagai gambar berkualiti tinggi untuk digunakan pada Google Earth dan juga Google Maps. Tidak mustahil juga untuk Google menggunakannya dalam membawakan gambar-gambar masa-nyata dari sesuatu lokasi menggunakannya.

Google juga sebelum ini dilihat mempunyai bahagian khas yang membangunkan robot untuk pelbagai kegunaan, dan tidak mustahil untuk kita melihat sebahagian daripada teknologinya diintegrasikan pada produk mereka kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd