Cari @ Amanz

Microsoft hari ini memulakan acara BUILD 2014 mereka dengan memperlihatkan kepada umum sistem operasi untuk peranti mudah-alih mereka yang terbaru, dinamakan Windows Phone 8.1. Ia dijangka akan diperkenalkan bersama-sama beberapa peranti baru yang akan dipasarkan sekitar penghujung April atau awal Mei kelak.

Action Center

Pada Windows Phone 8.1, beberapa perkara dilihat mendapat perhatian utama daripada Microsoft. Salah satunya adalah sokongan Action Center yang berfungsi sebagai pusat setempat untuk melihat notifikasi dan juga menu akses pantas. Perkara ini telah dimohon oleh pengguna Windows Phone sejak beberapa versi sebelum ini, dan ia kini akan hadir melalui Windows Phone 8.1.

Windows Phone 8.1

Selain daripada Action Center, satu lagi fungsi yang menjadi fokus utama adalah Cortana. Cortana adalah jawapan Microsoft untuk Siri dan juga Google Now. Ia berfungsi sebagai sebuah pembantu maya, dan akan mengantikan sepenuhnya fungsi carian Bing sebelum ini.

Windows Phone 8.1

Cortana juga akan menyertakan fungsi Notebook, yang mana merupakan halaman setempat untuk mengawal apakah yang akan diuruskan dan dipantau oleh Cortana. Beberapa aplikasi turut bakal menyertakan sokongan Cortana, termasuk Skype dan juga Facebook.

Windows Phone 8.1

Antara fungsi lain yang turut dikongsikan oleh pihak Microsoft bersama-sama Windows Phone 8.1 adalah kebolehan menambah lebih banyak Tiles pada halaman Start, dan juga menetapkan gambar latar pada skrin utama.

Semua peranti Nokia Lumia yang menjalankan Windows Phone 8 akan menerima kemaskini Windows Phone 8.1 ini. Pengeluar lain masih belum berkongsi mengenai perancangan membawakan kemaskini sama untuk peranti mereka buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd