Cari @ Amanz

Apple pada tahun lepas sedia memperkenalkan perubahan pada antaramuka iOS 7, dan untuk tahun ini, ia dikatakan Apple bakal memperkenalkan sedikit perubahan antaramuka pada sistem operasi perkomputeran mereka, iaitu OS X.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah nama dan angka versi yang akan digunakan oleh Apple untuk sistem operasi baru mereka. Adakah ianya akan dipanggil OS 11 ataupun nama lain masih menjadi tanda tanya, memandangkan OS X 10.10 adalah angka versi yang sama dengan OS X 10.1 yang telah diperkenalkan jauh sebelum ini. Dari segi nama kod pula, ia dilaporkan dikenali dengan nama “Syrah” untuk pembangunan dalaman Apple buat masa ini.

OS X 10.10

OS X baru ini kelak dijangka akan menyertakan perubahan dari segi antaramuka, yang mana akan membawakan beberapa elemen yang menyerupai iOS.

Apple turut dikatakan menguji beberapa fungsi pada OS X baru ini, termasuk sokongan Siri dan juga AirDrop. Namun, ia tidak diketahui lagi sama ada kedua-duanya akan diperkenalkan pada versi akhir ataupun sebaliknya.

Apple telah menjadualkan acara tahunan mereka, WWDC pada 2 Jun 2014 ini, yang mana akan menyaksikan perkongsian mengenai iOS dan OS X dilakukan oleh mereka. Mungkin kita akan mengetahui lebih lanjut mengenainya pada acara berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd