Cari @ Amanz

Google dalam usaha untuk membolehkan lebih ramai aktif menggunakan beberapa aplikasi produktiviti mereka, hari ini secara rasminya telah pun melancarkan aplikasi Google Docs dan Google Sheets untuk iPhone dan juga iPad.

Google Docs iOS

Menggunakannya, pengguna boleh membuat dokumen, menyunting, dan berkongsi dengan rakan-rakan mereka terus melalui aplikasi berkenaan. Buat masa ini, hanya dua aplikasi sahaja diterbitkan, tetapi ramai membuat spekulasi yang mana Google Presentation turut akan hadir ke AppStore tidak lama lagi.

Bagi anda yang menggunakan iPhone atau iPad, anda boleh memuat-turun aplikasi Google Docs dan Google Sheets hari ini daripada AppStore.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd