Cari @ Amanz

Selain WhatsApp dan WeChat, salah satu aplikasi permesejan yang popular dikalangan pengguna tempatan adalah LINE. Kini, setelah memperkenalkan fungsi LINE Call sebelum ini, ia dilihat telah mula menyokong pengguna di Malaysia.

Menggunakan LINE Call, ia membolehkan para pengguna untuk membuat panggilan ke nombor talian tetap dan juga talian mudah-alih terus menggunakan aplikasi LINE.

Line Call

Daripada percubaan kami, LINE Call mengenakan caj sebanyak RM0.06 seminit untuk panggilan talian tetap, dan RM0.09 seminit untuk panggilan talian mudah-alih. Pengguna dikehendaki menambah kredit pada akaun mereka terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan perkhidmatan ini.

Pengenalan fungsi ini juga sekaligus meletakkan LINE untuk bersaing dengan pelbagai perkhidmatan lain, seperti Viber dan juga Skype.

Bagi pengguna perkhidmatan LINE, anda boleh mengemaskini aplikasi LINE anda di Android dan iOS untuk menggunakan fungsi ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd