Cari @ Amanz

Maxis hari ini secara rasminya telah memperkenalkan pelan pascabayar baru mereka, dipanggil sebagai OnePlan, sekaligus membolehkan para pengguna lebih mudah memilih pelan pascabayar daripada dua tawaran, berbanding dengan belasan tawaran pakej berbeza pada hari ini.

Maxis dilihat memfokuskan kepada beberapa tawaran “tanpa had” melalui pelan baru ini, dimana ia hadir dengan panggilan dan SMS tanpa had, dan akses internet berterusan – walaupun telah melangkaui penggunaan kuota.

Maxis OnePlan

Maxis OnePlan

Walaupun ia dilabelkan sebagai “limitless”, namun seperti semua sedia maklum, setiap tawaran ada had maksimanya. Perkara sama juga untuk penawaran daripada Maxis ini, dimana panggilan dihadkan kepada 3000 minit (setiap bulan), sementara SMS pula dihadkan kepada 3000 SMS (setiap bulan). Menurut Maxis, ia sukar untuk seseorang pengguna mencapai had penggunaan masa panggilan dan SMS untuknya, dan ia merupakan salah satu tawaran yang menarik bagi pengguna.

OnePlan hadir dengan dua pilihan, iaitu OnePlan dan juga OnePlan Lite. OnePlan menawarkan panggilan dan SMS “tanpa had” ke semua talian, sementara versi Lite hanya dikalangan pengguna Maxis sahaja.

Maxis OnePlan

Maxis OnePlan

Disamping itu, pengguna OnePlan ditawarkan dengan data sebanyak 2GB, sementara OnePlan Lite pada 1GB sahaja. Sebaik sahaja data habis digunakan, pengguna akan dihadkan kepada akses internet pada kelajuan 64kbps – sama seperti pelan Hotlink #Hashtag.

Sekiranya pengguna inginkan penggunaan data tambahan, mereka boleh menaik-taraf penggunaan mereka kepada RM30 untuk setiap GB, ataupun memilih pelan booster yang mana ditawarkan pada kadar RM10 untuk 200MB, RM20 untuk 500MB dan RM30 untuk 1GB.

Bagi kebanyakkan pengguna, mungkin anda mendapati tawaran 2GB adalah amat sedikit. Bercakap mengenainya, pihak Maxis berkongsi mengatakan penggunaan purata dikalangan pelanggan pascabayar mereka pada hari ini adalah +1GB sahaja, dan apa yang ditawarkan melalui pelan ini adalah memadai bagi kebanyakkan pengguna – selain mana mereka yang inginkan penggunaan tambahan boleh menaik-taraf pakej mereka pada kadar RM30 untuk setiap GB.

Maxis OnePlan

Pengenalan pakej OnePlan ini juga akan membuatkan ia menggantikan beberapa pakej pascabayar daripada Maxis pada hari ini, dimana beberapa pakej sedia ada tidak lagi akan ditawarkan bermula hari ini. Selain itu, Maxis juga dilihat akan hadir dengan beberapa pakej memfokuskan mobile internet tidak lama lagi.

Jadi, bagi anda, apa kata anda berkenaan dengan pakej baru daripada Maxis ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd