Cari @ Amanz

Masalah mata seperti katarak mudah dikesan di negara moden dan membangun kerana pesakit boleh ke klinik untuk melakukan pengesanan awal. Di negara-negara kurang membangun ataupun tersisih (seperti Korea Utara) masalah katarak ini boleh menyebabkan pesakitnya buta kerana cahaya terhalang dari memasuki mata. Masalah mengesan masalah mata ini biasanya memerlukan alat khas dan mahal serta doktor yang harus pergi ke kawasan pedalaman untuk melakukan diagnosis.

Portable-Eye-Examination-Kit_dezeen_2

Portable Eye Examination Kit (PEEK) ialah kit khas yang dicipta bagi mengesan masalah mata dikesan sebelum ianya mencapai tahap kronik. PEEK terdiri daripada lensa khas yang disambungkan kepada kamera utama telefon pintar dan aplikasi yang boleh melakukan pengesanan tahap kesihatan mata.

Di negara dunia ketiga seorang pegawai kesihatan boleh dihantar ke kawasan pedalaman untuk mengesan mata penduduk setempat di rumah mereka. Dari data yang diambil doktor mata yang bertugas di kawasan bandar boleh melakukan diagnosis dari jauh. Mereka juga boleh memuat turun data yang diambil untuk melihat pesakit manakah yang paling memerlukan bantuan mereka.

Setiap gambar mata yang diambil mempunyai lokasi GPS tersendiri dan ini akan memudahkan lagi doktor untuk mengesan lokasi pesakit. Dianggarkan 285 juta penduduk dunia mengalami masalah penglihatan. Sebanyak 39 juta dari jumlah ini mengalami masalah buta. Paling menyedihkan dalam 80% kes pesakit buta, penglihatan mereka boleh diselamatkan sekiranya dikesan dengan lebih awal. Sebuah lagi penggunaan peranti pintar untuk menyelesaikan masalah sejagat. Jika dahulu peranti pintar menggantikan kamera, mesin fax, perakam video dan PDA, kini peranti pintar boleh menggantikan alat menguji mata yang anda biasa lihat di kedai cermin mata.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd