Cari @ Amanz

Samsung sedia mengintegrasikan beberapa sensor yang membolehkan pengguna memantau kecergasan dan kesihatan pada telefon pintar Galaxy S5 dan juga Gear 2 mereka. Nampaknya, dalam memperkembangannya, kini Samsung hadir dengan sebuah platform baru dinamakan SAMI.

Samsung SIMBand

SAMI dilihat mengabungkan penggunaan hardware dan juga platform berasaskan awan dalam mengumpulkan pelbagai jenis data berkaitan kesihatan. Ia dilihat akan membawakan perubahan kepada dunia data kesihatan dikumpulkan berbanding cara sedia ada.

Melengkapkan platform SAMI adalah beberapa sensor baru. Daripada apa yang dikongsikan pihak Samsung, menggunakan sensor baru pengguna boleh menyemak pelbagai perkara, termasuk keadaan gula dalam badan, kualiti udara sekitar, dan pelbagai perkara lain.

Samsung SAMI

Untuknya, pihak Samsung menunjukkan sebuah peranti rekaan prototaip dinamakan SIMBand. Mengikut apa yang ditunjukkan, ia mengumpulkan pelbagai data pengguna, termasuk denyutan jantung, keadaan oksigen dan sebagainya.

Samsung turut menekankan yang mana ia masih lagi dalam proses membangunkan platform ini. API untuk platform ini dijangka akan ditawarkan oleh Samsung kepada para pembangun bebas sekitar penghujung tahun ini. Disamping itu, Samsung turut menawarkan ganjaran sehingga $50 juta kepada pembangun yang ingin membangunkan projek berkaitan dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd