Cari @ Amanz

Dengan perkongsian pelbagai perkara berkaitan Android, semestinya Android Wear tidak boleh ditinggalkan. Pihak Google telah memperkenalkan Android Wear, iaitu versi Android yang dioptimasikan untuk jam tangan pintar pada tiga bulan yang lepas, dan hari ini berkongsi beberapa info lanjut mengenainya.

Android Wear SDK

Menurut Google, secara purata pengguna mengakses telefon mereka sebanyak 125 kali sehari, dan dengan penggunaan jam tangan pintar ini, ia akan mengurangkan perkara tersebut, disamping memudahkan pengguna mengetahui sesuatu notifikasi.

Android Wear dikatakan dioptimasikan untuk penggunaan skrin berbentuk empat-segi, mahupun bulat. Seperti biasa, pengguna boleh menghubungkan Android Wear dengan sebarang peranti Android mereka, dan menguruskannya melaluinya. Sebagai contoh, untuk memasang aplikasi, pengguna hanya perlu memasang aplikasi Android biasa pada peranti mereka, dan sekiranya terdapat sokongan untuk Android Wear, ia akan dipasang ke jam tangan pintar secara automatik.

Android Wear SDK

Untuk kawalan peranti, pengguna hanya perlu swipe ke kiri atau ke kanan – seperti beberapa jam tangan pintar hari ini, disamping turut boleh menggunakan sokongan input suara pada peranti berkenaan. Google turut mengatakan semua peranti Android Wear akan kalis air, disamping hadir dengan beberapa sensor untuk kecergasan – seperti mengira langkah perjalanan.

Google akan menawarkan Android Wear SDK ini kepada para pembangun hari ini, disamping beberapa jam tangan pintar yang boleh di pra-tempah bermula hari ini.

Melengkapkan perkongsian mengenai Android Wear adalah pengumuman beberapa peranti berkenaan dengannya. Selain LG G Watch dan Moto 360, pihak Google turut mengumumkan Samsung Gear Live yang akan turut hadir menggunakan Android Wear.

Android Wear SDK

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd