Cari @ Amanz

Permainan Angry Birds Epic telah diumumkan pada bulan Mac lalu. Permainan RPG ini dilihat sebagai suatu kelainan untuk siri Angry Birds yang sebelum ini turut hadir dengan Angry Birds Go. Pada hari ini, Rovio mengumumkan kesediaan permainan ini untuk dimuat-turun di iOS, Android & Windows Phone.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=NCs_1NCLo90]

Angry Birds Epic membawakan permainan berbentuk perlawanan mengikut urutan (turn-based) dimana pemain perlu memilih aksi dan aksi tersebut akan dilakukan dalam masa yang ditentukan, dan kemudian pihak lawan iaitu komputer akan menyerang pemain.

Permainan ini boleh dimuat-turun secara percuma di seluruh dunia dan terdapat pembelian dalam aplikasi buat pemain yang menginginkan jalan pantas untuk menaiktaraf watak pemain. Fail saiznya kecil dan kurang dari 100MB jadi sudah pasti permainan ini bakal mempopularkan semula francais Angry Birds.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd