Cari @ Amanz

HTC merupakan salah satu syarikat terawal yang bekerjasama dengan Google untuk peranti Android, dan kini mereka dilihat sedang menyiapkan sebuah tablet baru, yang mana mungkin dilancarkan tidak lama lagi oleh HTC.

HTC Volantis

Menurut laporan Android Police, tablet yang dikenali dengan nama HTC Volantis ini turut dipanggilan secara Nexus 9 secara dalaman. Namun, berkemungkinan nama tersebut dikatakan berubah ketika pengenalannya kelak.

Dari segi spesifikasi, HTC Volantis ini bakal menyertakan skrin bersaiz 8.9-inci dengan resolusi 2048×1440 pixel, cip pemprosesan NVIDIA Logan 64-bit (Tegra K1), memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel OIS, kamera hadapan 3-megapixel, dan turut hadir dengan speaker hadapan dengan sokongan stereo.

Tablet daripada HTC ini dijangka hanya akan hadir sekitar suku ke-empat 2014 ini sahaja, dan ia berkemungkinan tidak menggunakan nama Nexus – apatah lagi dengan ura-ura berkaitan Android Silver. Apa pun, ia dikatakan berkemungkinan besar, tablet ini akan menjadi antara peranti terawal yang hadir dengan Android “L” kelak.

HTC sebelum ini pernah hadir dengan HTC Flyer. Namun, peranti berkenaan tidak begitu menerima permintaan tinggi daripada pengguna – berkemungkinan terlalu awal untuk pengenalan ketika waktu tersebut. Kini, dengan ramai yang menantikan tablet baru daripada HTC, mungkin ia akan menerima permintaan yang tinggi daripada pengguna – bergantung kepada penghargaan tablet berkenaan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan tablet daripada HTC ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd