Cari @ Amanz

WPS OfficeKingsoft Office merupakan salah satu perisian pejabat yang popular di seluruh dunia, menawarkan sokongan untuk menyunting dan membaca dokumen, spreadsheet, fail persembahan, dan juga PDF melaluinya. Terkini, pembangunnya dilihat telah menjenamakan semula perisian dan aplikasi mereka kepada nama WPS Office.

Dengan pengenalan nama baru ini, mereka turut menawarkan kemaskini kepada aplikasi sedia ada mereka, terutamanya untuk Android dimana ia kini telah mencapai angka versi 6.0 dan menyertakan pelbagai sokongan baru termasuk antaramuka baru pengguna untuk telefon pintar dan juga tablet.

Sebelum penjenamaan ini, Kingsoft Office sedia digunakan oleh lebih 500 juta pengguna seluruh dunia, dimana selain penawaran untuk peranti mudah-alih Android dan iOS, mereka juga turut menawarkan perisian pejabat mereka dengan pelbagai ciri-ciri menarik untuk pengguna Windows dan juga Linux.

Bagi anda yang tercari-cari aplikasi dan perisian untuk penyuntingan dokumen, mungkin boleh mencuba WPS Office hari ini, apatah lagi memandangkan ia ditawarkan secara percuma kepada semua.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd