Cari @ Amanz

Bagi pengguna peranti Android, mungkin anda sedia mengenali akan aplikasi Pushbullet. Menggunakan aplikasi berkenaan, ia memudahkan pengguna melihat notifikasi daripada pelbagai jenis aplikasi dengan mudah terus pada desktop, sekaligus tidak lagi memerlukan pengguna untuk melihat pada skrin peranti mudah-alih – terutamanya ketika sedang membuat tugasan kerja.

Kini, pihak Pushbullet dilihat membawa aplikasi mereka selangkah kehadapan lagi, dengan bekerjasama bersama-sama pembangun aplikasi lain, dalam membolehkan pengguna berinteraksi dengan notifikasi di desktop.

Sebagai permulaan, Pushbullet mengumumkan kerjasama dengan pihak EvolveSMS, dimana menggunakan kedua-dua aplikasi berkenaan, pengguna boleh membalas mesej terus daripada desktop. Seperti biasa, semua penghantaran mesej akan melalui peranti mudah-alih anda, sekaligus membolehkan anda melihat log SMS dengan mudah di telefon.

Buat masa ini, Pushbullet dan EvolveSMS menawarkannya pada aplikasi beta mereka sahaja, dan belum diperkenalkan pada versi stabil lagi. Pihak Pushbullet juga turut membuka sokongan sama kepada semua pembangun aplikasi SMS lain, memudahkan mereka mengintegrasikan sokongan tersebut ke dalam aplikasi mereka.

Selain sokongan ini, pengguna boleh turut menghantar SMS menggunakan desktop menggunakan beberapa aplikasi lain, termasuk salah satu yang popular adalah MightyText.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd