Cari @ Amanz

Jualan komputer desktop semakin merudum sejak tablet mula memasuki pasaran. Tahun lalu buat pertama kalinya dalam sejarah, jualan tablet memintas jualan komputer desktop dan komputer riba. Inilah sebab utama mengapa Microsoft menghasilkan Surface. Mereka mahu sebahagian peratusan jualan tablet.  Ini adalah strategi Microsoft bagi memastikan syarikat mereka akan kekal relevan untuk generasi hadapan. Sungguhpun begitu harga peranti Surface yang masih terlalu mahal pastinya mencacatkan usaha mereka ini.

SlimBox IV PC buatan Raydget mempunyai penyelesaian berbeza. Mereka menghasikan sebuah komputer sebesar phablet yang mudah dibawa kemana-mana. Ianya sebesar 150 x 77 x 19 milimeter atapun lebih kecil dari sebuah Xperia Z Ultra (tetapi 3 kali ganda lebih tebal). Sungguhpun kompak, SlimBox IV PC  mampu menyokong pemproses Core i7 2.8 GHz, RAM sehingga 8 Gigabyte dan muatan dalam 64 Gigabyte.  Ia turut dilengkapi 2 port USB 3.0, menyokong Bluetooth 4.0 dan sebuah output HDMI. Ianya hanya seberat 250 gram dan ini membuatkannya lebih ringan dari sebuah iPad Air. Komputer kompak ini baru sahaja diperkenalkan dan harga jualan masih belum diumumkan

3_product_SLIMBOX-IV-740x380Sumber CTCom

 

 

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd