Cari @ Amanz

Pale Moon merupakan salah satu variasi pelayar web yang hadir menggunakan kod sumber Firefox. Sebelum ini, ia hanya ditawarkan untuk pengguna desktop sahaja, dan kini pembangun Pale Moon turut dilihat sedang menguji pelayar web mereka versi Android.

Pale Moon Android

Pale Moon untuk Android ini masih lagi pada peringkat pembangunan, dan fail APK untuk pemasangannya ditawarkan melalui forum rasmi mereka.

Secara kasarnya, daripada penggunaan ringkas kami, ia membawakan rekaan dan fungsi-fungsi lebih kurang sama seperti Firefox untuk Android. Memandangkan ia menggunakan kod sumber daripada Mozilla, perkara ini merupakan salah satu perkara yang dijangka.

Apa pun, bagi pengguna pelayar web Pale Moon pada desktop, salah satu perkara menarik menggunakan versi Android ini adalah sokongan sync antara versi Android dan juga versi desktop.

Ia tidak lagi diketahui bilakah pihak Pale Moon akan melancarkannya secara rasmi dan menawarkannya melalui Google Play Store. Dengan mereka yang telah memulakan ujian terbuka ini, mungkin kita akan melihat mereka melancarkannya secara rasmi dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd