Cari @ Amanz

Microsoft telah memulakan kemaskini Lumia CYAN kepada para pengguna peranti Lumia Windows Phone 8 sejak daripada minggu lepas secara berperingkat, dan hari ini kemaskini sama turut diperkenalkan kepada pengguna Lumia 1320 di Malaysia.

Nokia Lumia CYAN

Lumia 1320 merupakan phablet daripada pihak Nokia bersaiz 6-inci, dan hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 400. Peranti ini telah mula dijual di Malaysia sejak daripada awal tahun ini di Malaysia.

Melalui kemaskini Lumia CYAN untuk peranti ini, ia membawaka beberapa sokongan baru, termasuk Action Center untuk melihat pelbagai notifikasi, sokongan papan kekunci WordFlow, dan pelbagai perkara lain.

Bagi anda yang menggunakan peranti ini, boleh memuat-turun kemaskini Lumia CYAN ini dengan ke halaman Settings > Phone Update.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd