Cari @ Amanz

Filem Warcraft sudah dalam perancangan sejak tahun 2006 lagi. Pada ketika itu terdapat ura-ura filem ini akan dihasilkan sebagai filem animasi 3D. Umum diketahui Blizzard ialah antara syarikat yang mampu menghasilkan video animasi 3D yang cantik. Selepas bertahun – tahun lamanya filem ini akhirnya memulakan pergambaran Januari lalu dan tamat pada bulan Mei. Ianya diarahkan oleh  Duncan Jones yang sebelum ini mengarahkan filem Moon dan Source Code. Sempena San Diego Comic Con yang sedang berlangsung sekarang. logo filem ini akhirnya diperlihatkan. Nampaknya langsung tiada persamaan dengan logo Warcraft yang kami kenali sejak  1994.

Filem ini dijangka hadir pada 11 Mac 2016 dan dibintangi Dominic Cooper, Ben Foster dan Paula Patton. Duncan Jones dipetik berkata filem arahan beliau ini akan menggabungkan pelakon sebenar dan kesan khas CGI terkini. Apakah pendapat anda tentang logo filem ini? Sebagai peminat Warcraft sebenar kami sebenarnya sukar menerima muka taip permainan komputer kegemaran kami ini diubah semata- mata untuk sebuah filem Hollywood.

Warcraftfilm

Turut diperlihatkan kepada umum di San Diego Comic Con ialah beberapa prop senjata (Dragon Sword, Lion Shield dan Doom Hammer ) yang digunakan. Kami berharap filem ini tidak akan menerima nasib malang seperti adaptasi permainan komputer ke filem yang gagal seperti Dungeon Siege, House of The Dead dan Alone in The Dark.

mdzjpglhcij5wgep0kjm

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd