Cari @ Amanz

Apple 9 SeptemberApple hari ini secara rasminya telah mula menghantar jemputan kepada media antarabangsa untuk acara khas pada 9 September kelak (10 September waktu Malaysia), dimana mereka dijangka akan mengumumkan beberapa peranti baru pada tarikh tersebut.

iPhone generasi baru dikatakan akan hadir dalam skrin bersaiz lebih besar, iaitu pada saiz 4.7-inci dan juga 5.5-inci, disamping dilengkapi beberapa perkara baru termasuk sistem operasi iOS 8.

Selain daripada itu, beberapa ura-ura turut mengatakan Apple turut bakal memperkenalkan iWatch pada acara yang sama. Namun, ia tidak disahkan lagi buat masa ini.

Seperti biasa, kami akan bawakan kemaskini secara langsung ketika acara tersebut. Sama-sama kita nantikan apa yang akan diumumkan oleh Apple pada minggu kedua September ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd