Cari @ Amanz

CyanogenCyanogenMod merupakan salah satu perisian yang dibangunkan oleh Cyanogen yang mana sedia mempunyai ramai pengguna dan penyumbang kod diseluruh dunia. Ia yang dimulakan sebagai projek sumbangan ramai, telah mendaftar menjadi syarikat dan menerima dana pelaburan pada tahun lepas.

Menariknya, kini ia dilihat Cyanogen menarik minat beberapa syarikat teknologi yang mana memfokuskan pembangunan perisian dan aplikasi untuk platform Android. Antara nama yang diperkatakan adalah termasuk Microsoft, Samsung, Yahoo! dan juga Amazon.

Ia dikatakan mereka mungkin berminat untuk bekerjasama dengan Cyanogen, ataupun mungkin juga berminat untuk mengambil-alihnya.

Sekiranya dilihat, Samsung sedia memfokuskan platform Android, dan perkara ini mungkin akan membantu mereka disamping mengoptimasikan lagi penggunaan perisian mereka pada peranti Galaxy. Yahoo! pula telah mengambil-alih syarikat Aviate sebelum ini, disamping telah hadir dengan beberapa aplikasi khusus untuk pengguna Android – sekaligus memperlihatkan fokus mereka terhadap Android. Microsoft juga seperti Yahoo! sedia menawarkan beberapa perisian Android, dan mungkin kerjasama dengan pihak CM akan membantu mereka mengoptimasikan perisian mereka dengan lebih baik. Sementara Amazon pula, seperti Samsung – mengeluarkan peranti mereka tersendiri.

Apa pun, ia boleh dikatakan ia hanya sekadar desas-desus awal sahaja, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai perkara ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd