Cari @ Amanz

Sejak seminggu dua lepas, ramai CEO dan orang kuat dalam arena teknologi telah melaksanakan cabaran #IceBucketChallenge – sebagai salah satu usaha untuk memberikan kesedaran berkenaan dengan penyakit ALS (amyotrophic lateral sclerosis), disamping mengumpulkan sumbangan untuknya.

Hotlink IceBucket

Antara nama-nama popular yang menyertainya adalah termasuk Bill Gates, Mark Zuckeberg, Tim Cook, Dr Dre dan sebagainya. Di Malaysia pula, ada beberapa yang telah memulakannya, dan kini pihak Maxis turut sama melaksanakan cabaran #IceBucketChallenge tersebut.

Mengikut trend lain, mereka turut menamakan tiga pihak untuk meneruskannya, iaitu Cheryl Goh (MyTeksi), Khailee Ng (RevAsia) dan @melakaboy.

Apa pun, berapakah sumbangan yang dilakukan oleh pihak Maxis untuk tujuan ALS tidak dinyatakan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd