Cari @ Amanz

Instagram sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi permesejan video dan gambar dinamakan Bolt di beberapa buah negara, dan hari ini, mereka secara rasminya telah memperluaskan aplikasi berkenaan ke pasaran Malaysia.

Instagram Bolt

Instagram Bolt

Untuk menggunakannya, pengguna perlu mendaftar menggunakan nombor telefon, dan seterusnya boleh menambah rakan-rakan berdasarkan kepada buku alamat telefon.

Selesai mendaftar, pengguna boleh menghantar gambar kepada rakan-rakan mereka dengan hanya tap pada gambar avatar pengguna yang dipaparkan, dan ia akan dihantar terus kepada mereka – serta gambar tersebut tidak akan disimpan pada peranti mudah-alih. Pengguna turut boleh menghantar teks dengan tap-dan-hold, ataupun menghantar video dengan tap dua kali.

Penggunaan aplikasi ini masih tidak begitu mesra-pengguna, dan memerlukan pengguna untuk menggunakannya beberapa kali sebelum biasa menggunakannya.

Apa pun ia tidak diketahui sama ada aplikasi ini akan menerima permintaan ataupun sebaliknya – apatah lagi gambar yang diterima dan dihantar tidak disimpan pada peranti, dan boleh hilang begitu sahaja.

Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh memuat-turun aplikasi Bolt untuk Android dan iOS hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd