Cari @ Amanz

Asus hari ini telah menerbitkan satu lagi video teaser baru untuk jam tangan pintar mereka, dan melaluinya mereka mendedahkan nama untuk peranti berkenaan yang mana dikenali sebagai Asus ZenWatch.

Asus Zenwatch

Asus sedia menggunakan nama keluarga “Zen” untuk beberapa produk mereka, termasuk telefon pintar berasaskan Android dan juga antaramuka Android khusus daripada mereka.

Asus ZenWatch ini kelak dijangka akan menggunakan Android Wear, sekaligus akan membuatkan pihak Asus untuk bersaing dengan beberapa pengeluar lain yang turut menggunakan platform sama.

Asus dijangka akan mengumumkannya secara rasmi pada 3 September ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd