Cari @ Amanz

Desas-desus berkenaan dengan Windows 9 telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lepas, dan mengikut laporan terbaru, ia dikatakan pihak Microsoft bakal memperkenalkan versi ujian awal untuk para pembangun seawal bulan September ini.

Windows 8.1 Start Menu

Windows 9 ataupun turut dikenali dengan nama kod “Threshold” ini dilihat akan menawarkan beberapa fungsi baru – terutamanya memfokuskan kepada pengguna pengguna desktop dan juga pengguna tanpa sokongan skrin sentuh.

Antara yang pernah diperkatakan sebelum ini adalah termasuk sokongan menu Start pada desktop, kebolehan menjalankan aplikasi Metro dalam tetingkapnya tersendiri pada desktop, selain sokongan Cortana pada desktop.

Seperti beberapa versi ujian sistem operasi Windows sebelum ini, Microsoft dijangka menawarkan versi Tech Preview ini dalam bentuk umum, membolehkan sesiapa yang berminat untuk memuat-turun dan mencubanya sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd