Cari @ Amanz

Motorola pada hari ini, melalui satu acara bersama Lazada di Menara KL telah mengumumkan harga dan penjualan Moto E. Seperti yang diberitakan sebelum ini, Moto E dijual secara eksklusif menerusi laman jualan atas talian Lazada pada harga RM369 bermula hari ini.

Moto E Launch

Moto E merupakan telefon pintar dwi-sim dengan spesifikasi rendah dioperasikan oleh Android 4.4 Kitkat, mempunyai cip pemprosesan Snapdragon 200 1.4GHz dwi-teras, kamera belakang 5 Megapixel, kaca Gorilla Glass, dengan skrin bersaiz 4.3 inci 256 ppi, kapasiti bateri sebanyak 1980 mAh serta mempunyai slot kad Mikro-SD untuk menambah kapasiti storan telefon ini.

Motorola Moto E

Moto E juga turut didatangkan dengan beberapa aplikasi khusus dari Motorola seperti Motorola Alert untuk keselamatan pengguna. Penutup asal belakang Moto E juga boleh ditukar dan dibeli melalui Lazada dengan 3 pilihan warna iaitu merah, kuning, dan hijau muda pada harga RM39.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd