Cari @ Amanz

Sony Mobile Malaysia sebelum ini telah memperkenalkan Xperia T3 dan memulakan pra-tempahan untuk peranti berkenaan di Malaysia. Kini, ia dilihat peranti tersebut telah pun mula dijual di pasaran tempatan, dan membawakan tanda harga RM1399.

Sony Xperia T3

Xperia T3 hadir dengan binaan bingkai berasaskan logam, dilengkapi skrin bersaiz 5.3-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz, memori sebanyak 1GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, serta dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2500mAh.

Fungsi popular Sony seperti pada bahagian kamera, dan juga Batter Stamina Mode turut hadir pada peranti ini. Disamping itu, ia turut menyertakan sokongan rangkaian LTE, membolehkan pengguna menikmati internet berkelajuan tinggi menggunakannya.

Di Malaysia, peranti ini ditawarkan dalam pilihan warna hitam, putih dan juga ungu. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya daripada para pengedar Sony rasmi, ataupun membuat pembelian menggunakan kedai atas-talian rasmi mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd