Cari @ Amanz

Rovio hari ini telah menerbitkan satu lagi permainan baru dibawah jenama Angry Birds, iaitu dinamakan sebagai Angry Birds Stella – dan hadir dengan pelbagai watak burung yang baru. Buat masa ini, ia dilihat telah diterbitkan untuk pengguna iOS dan Android seluruh dunia.

Angry Birds Stella

Permainan melastik ini membawakan beberapa cara kawalan baru yang mana boleh diaktifkan dengan tap untuk seketika sebelum melepaskannya. Disamping itu, permainan ini dilhat membawakan beberapa kesan khas menarik berbanding permainan Angry Birds sebelum ini.

Buat masa ini, kami masih lagi memainkannya, dan mempunyai pelbagai tahap untuk dicapai dan membuka watak Angry Birds Stella yang baru.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan ini secara percuma (hadir dengan sokongan pembelian-dalam-aplikasi), dan melihat sendiri apakah yang dibawakan oleh permainan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd