Cari @ Amanz

Kegilaan terhadap selfie nampaknya sampai ke tahap nadirnya hari ini dengan wujudnya Selfie Brush. Ianya sebuah berus rambut yang merangkap cangkerang untuk telefon pintar anda. Menurut pengeluar berus ini,  Selfie Brush boleh digunakan untuk merapikan rambut sebelum mengambil gambar selfie. Ianya juga didakwa dapat mengurangkan kerosakan pada telefon pintar anda sekiranya ia jatuh kerana diperbuat dari bahan bergetah. Buat masa ini Selfie Brush hanya direka untuk digunakan oleh iPhone 5 dan 5S. Terdapat tiga pilihan warna iaitu hitam, merah jambu dan ungu. Apakah yang berlaku seterusnya? Besi mengunci stereng selfie yang boleh digunakan untuk mengambil selfie semasa menjadi pembuli jalanan? Sudah tiba masanya barangan yang dicipta untuk memudahkan pengguna berselfie dimansuhkan dari pasaran. Di masa hadapan anak dan cucu-cicit kita akan mentertawakan generasi kita kerana mencipta alat-alat aneh yang sebenarnya tidak berguna.

selfiebrush2

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd