Cari @ Amanz

Lumia Denim selepas Lumia CyanMicrosoft hari ini mengambil pentas utama dalam mengumumkan beberapa perkara baru, dan salah satunya adalah kemaskini kepada sistem operasi mereka yang akan ditawarkan untuk pengguna peranti Lumia, melalui kemaskini yang dinamakan Lumia Denim

Lumia Denim akan ditawarkan kepada pengguna bermula suku ke-4 tahun ini, bermula dengan peranti Lumia 930 dan Lumia 1520 terlebih dahulu.

Ia bakal menyertakan beberapa fungsi menarik, termasuk sokongan Cortana yang sentiasa aktif – membolehkan pengguna menyebut “Hey Cortana” pada bila-bila masa untuk mengaktifkan perkhidmatan pembantu maya tersebut.

Disamping itu, kemaskini ini juga bakal menyertakan beberapa sokongan khusus untuk bahagian kamera, dan salah satunya adalah sokongan rakaman video pada resolusi 4K. Sokongan merakamkan gambar pada masa rakaman video juga akan disertakan, dan menariknya pengguna turut akan boleh merakamkan gambar daripada video yang sedia telah selesai dirakam dan disimpan pada peranti.

Peranti pertama yang akan hadir menggunakan kemaskini ini adalah Lumia 830.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd