Cari @ Amanz

OnePlus One merupakan salah satu telefon pintar popular dikalangan pengemar peranti Android, namun ia tidak ditawarkan secara rasmi di Malaysia. Perkara tersebut dijangka akan berubah tidak lama lagi, apabila kini OnePlus One telah mula mencari pengurus besar untuk Malaysia.

Buat masa ini, syarikat disebaliknya – OnePlus tidak membuat sebarang penghantaran ke Malaysia, dan pengguna yang mempunyai jemputan terpaksa membelinya dengan menghantar ke alamat maya di Amerika Syarikat sebelum ia dihantar ke Malaysia. Disamping itu, terdapat beberapa set tidak rasmi yang telah mula dijual di Malaysia oleh beberapa orang pengedar.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang diberikan oleh pihak OnePlus untuk memulakan operasi mereka di Malaysia. Bagi anda yang berminat untuk menjadi pengurus besar bagi negara, mungkin boleh membuat permohonan rasmi di laman OnePlus hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd