Cari @ Amanz

Dengan pelbagai pengumuman produk baru daripada pengeluar-pengeluar telefon pintar dan barangan elektronik seluruh dunia, kini Oppo turut tidak ingin ketinggalan. Melalui Tweet mereka yang terbaru, mereka dilihat menyediakan sesuatu untuk bulan Oktober kelak.

Oppo Oktober

Apakah yang akan diumumkan masih tidak diketahui lagi. Melalui gambar yang dikongsikan, mereka memperlihatkan gambar telefon talian tetap versi klasik, dan menggunakan kapsyen “This was the phone”.

Oppo boleh dikatakan sering hadir dengan beberapa peranti yang menarik. Sebelum ini mereka telah hadir dengan Oppo N1 yang membawakan kamera berputar, dan juga Oppo Find 7 pada tahun ini yang menyertakan skrin pada resolusi 2K dan sokongan pengecasan pantas – disamping penambah-baikkan pada bahagian kamera.

Dengan semuanya, apakah yang anda jangka bakal diumumkan oleh Oppo pada Oktober kelak

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd