Cari @ Amanz

Sony sebelum ini pernah memperlihatkan kaca mata pintar mereka di MWC 2014, dan pada IFA 2014, sekali lagi ia diperlihatkan kepada umum. Peranti yang dinamakan sebagai SmartEyeGlass ini menyertakan sokongan AR dan juga kamera terbina padanya.

Sony SmartEyeGlass

Sony SmartEyeGlass

Melalui demonstrasi yang diperlihatkan kepada kami, pihak Sony dilihat ingin memudahkan pengguna untuk mencari sesuatu lokasi menggunakannya, dimana apabila memakainya, pengguna akan diperlihatkan dengan lokasi-lokasi berdekatan dan pengguna boleh memilih lokasi navigasi ke sesuatu tempat.

Disamping itu, ia turut menyertakan sebuah kamera hadapan, membolehkan pengguna merakamkan gambar, dan ia turut hadir dengan sokongan untuk pengecaman wajah bersama-sama dengannya.

Sony SmartEyeGlass

Sony SmartEyeGlass

Untuk mengawalnya, sebuah peranti tambahan berwarna bulat disertakan, yang mana turut membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan klik butang fizikal padanya.

Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Sony akan memasarkannya – ataupun hanya sekadar konsep sahaja buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd