Cari @ Amanz

Western Digital sedia popular dengan peranti yang memfokuskan kepada storan, dimana keluarga My Passport mereka sedia menawarkan bentuk yang mudah dibawa kemana-mana. Terkini, menyertainya adalah salah satu peranti baru dinamakan sebagai My Passport Wireless.

WD My Passport Wireless

My Passport Wireless merupakan salah satu cakera storan mudah-alih daripada pihak Western Digital, dan ia boleh digunakan untuk menghubungkan sehingga lapan peranti pada sesuatu masa. Peranti lain boleh dihubungkan ke My Passport Wireless ini melalui sokongan WiFi.

Peranti ini dilihat lebih memfokuskan kepada mereka yang bertugas di luar, dan memerlukan storan bersaiz besar serta memindahkan fail dengan pantas. Menggunakan My Passport Wireless, ia boleh digunakan bukan sahaja untuk mengakses fail padanya, tetapi pengguna juga turut boleh memindahkan fail ke peranti tersebut dengan mudah.

WD My Passport Wireless

WD My Passport Wireless

Pihak Western Digital juga turut melengkapkan ia dengan sebuah slot SD untuk membolehkan pengguna hanya memasukkan kad tersebut, dan semua fail akan dipindahkan terus dan mengosongkan ruangan storan didalam kad-SD tersebut.

Buat masa ini, harga jualan My Passport Wireless ini masih tidak diketahui, dan mungkin kita akan dapat melihat ia memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd