Cari @ Amanz

Asus Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan Asus Fonepad 8 untuk pasaran Malaysia, sekaligus mula menawarkan tablet bersaiz 8-inci dengan sokongan telefoni tersebut pada harga RM649 di Malaysia.

Asus FonePad 8

Asus FonePad 8

Asus Fonepad 8 hadir dengan cip Intel Atom Z3530 1.33Ghz, membawakan rekaan kerangka yang nipis dan bahagian tepi skrin yang amat nipis jikalau dibandingkan dengan beberapa peranti lain di pasaran. Pihak Asus turut melengkapkan ia dengan sokongan dwi-speaker pada bahagian hadapan dengan teknologi MaxxAudio, selain turut menyertakan kamera belakang 5-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel dengan sokongan PixelMaster.

Asus Fonepad 8 ini turut menggunakan Android 4.4 KitKat, selain turut dilengkapi antaramuka khusus Asus, dinamakan ZenUI. Tablet-telefoni ini dilengkapi dengan ruangan storan 8GB, dan pihak Asus turut menawarkan ruangan percuma Asus WebStorage sebanyak 5GB untuknya.

Pengguna tempatan boleh mendapatkan tablet ini di pasaran bermula minggu ini.

DSC_0437

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd