Cari @ Amanz

Jam tangan pintar kini memenuhi pasaran. Satu-satunya jam pintar yang kami inginkan buat masa ini ialah Moto 360 kerana rekabentuknya yang lain dari jam-jam pintar berkotak yang lain. Kelebihan jam pintar berbanding jam biasa (selain ditambat kepada peranti pintar) ialah muka jam yang boleh diubah mengikut kehendak pengguna. Terdapat puluhan pilihan muka jam pada peranti pintar yang boleh anda muat turun. Malang sekali tali jam adalah lebih sukar untuk dikustomasi oleh pengguna. Pilihan adalah terhad dan anda perlu membayar lebih untuk membeli seutas tali baru. Alangkah baiknya jika seperti muka jam,rekaan tali jam juga boleh dimuat turun?

FES-1

FES ialah sebuah jam tangan yang menjadikan impian ini realiti. Keseluruhan tali jam adalah sebuah paparan e-ink. Dengan hanya menekan sebuah butang corak pada tali jam dapat diubah. Sebuah jam FES mampu berubah kepada 24 rekaan berbeza.  Jam tangan ini adalah rekaan firma Fashion Entertaintment dan sedang mengumpul dana untuk pengeluaran secara komersial. Idea yang bagus dan memudahkan kustomasi rupa tali jam yang sedia ada. Penggunaan e-ink menjimatkan penggunaan bekalan elektrik tetapi ianya menghadkan variasi warna.

FES-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd