Cari @ Amanz

Selain Yoga Tablet 2 Pro, pihak Lenovo turut sama memperkenalkan Yoga Tablet 2 yang mana kini ia hadir dengan pilihan sistem operasi sama ada Windows ataupun Android.

Tablet ini turut dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Atom, dan hadir dengan pilihan saiz skrin 8-inci dan juga 10-inci, dan kedua-duanya kini dilengkapi dengan paparan pada resolusi 1920×1200 pixel.

Yoga Tablet sebelum ini sedia terkenal dengan beberapa mod penggunaan yang mana pengguna boleh selaraskan, dan pada Yoga Tablet 2 pula, pihak Lenovo membawakan mod “gantung”, yang mana boleh digunakan dalam beberapa keadaan untuk menikmati multimedia seperti video.

Yoga Tablet 2

Yoga Tablet 2

Tablet ini hadir dalam pilihan Android 4.4 KitKat ataupun Windows 8.1. Jikalau pengguna membuat pilihan Windows, maka anda akan turut menerima langganan setahun untuk Office 365 melaluinya.

Lenovo telah mula menawarkan tablet ini di Amerika Syarikat, dan mungkin kita akan dapat melihat ia hadir ke pasaran Malaysia dalam masa beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd