Cari @ Amanz

Apple mungkin sudah berjaya menjual lebih 20 Juta unit iPhone 6 dan 6 Plus setakat ini sungguhpun terdapat kontroversi Bendgate. iPhone 6 Plus dilaporkan mudah membengkok apabila diletakkan pada poket hadapan seluar. Apple dengan murah hati bersetuju untuk membaiki iPhone 6 Plus yang meleding ini. Selepas kontroversi ini reda kini timbul dua lagi masalah baru melibatkan kedua-dua model peranti terbaru mereka. Masalah pertama diberi gelaran Dyegate kerana ada pengguna iPhone 6 berwarna emas melaporkan bahagian plastik pada belakang peranti mereka menyerap warna biru dari jeans yang dipakai mereka. Akibatnya bahagian plastik yang sepatutnya bewarna putih kini berubah warna dan kelihatan cacat.

bgr-iphone-6-marked-2

Masalah kedua pula lebih serius dan diberi gelaran Crashgate.  Pengguna iPhone 6 Plus dengan kapasiti 128 Gigabyte melaporkan peranti mereka kerap terhenti secara tiba-tiba semasa digunakan. Apabila peranti dihidupkan semula masalah ini berulang dan ada yang melaporkan peranti tersekat pada skrin boot up berkali-kali. Masalah ini dilaporkan pada laman komuniti Apple support. Kami percaya masalah ini hanya melibatkan sebilangan kecil pengguna sama seperti masalah Bendgate tempohari. Tidak perlu panik lagi kerana umum kita ketahui masalah elektronik dan kemasan produk-produk elektronik baru sebegini adalah normal. Jika anda masih boleh ingat sebelum ini terdapat kesan calar pada iPhone 5 yang baru dikeluarkan dari kotak dan Nokia N8 baru yang rosak beberapa hari  selepas digunakan. Pihak Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu ini. Sama-sama kita nantikan reaksi mereka.

Sumber BGR

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd