Cari @ Amanz

Sepertimana yang kita tahu pada minggu lalu harga rasmi iPhone 6 dan iPhone 6 Plus telah diumumkan untuk pasaran tempatan. Maxis dan DiGi telahpun membuka tempahan dan hadir dengan pelan yang khusus buat telefon pintar tersebut. Pada hari ini, pelanggan Celcom yang telah mendaftarkan minat untuk membelinya telah menerima maklumat berkenaan pelan khusus yang disertakan bersama-sama iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

edm_iphone6_03

Melalui pelan ini, dua pilihan kontrak ditawarkan iaitu selama 12 bulan dan juga 24 bulan, bermula dari langganan RM 78 sebulan sehinggalah RM 238 sebulan. Pelanggan juga boleh memilih pelan-pelan yang sesuai dengan penggunaan, dan ia turut menawarkan kuota data yang lebih banyak berbanding pakej khusus iPhone terdahulu.

edm_iphone6plus_03

Celcom juga turut menyediakan tawaran untuk menukar iPhone lama bermula dari iPhone 4 keatas. Melalui tawaran ini, pelanggan boleh mendapatkan pakej iPhone baru ini pada harga khusus namun tiada sebarang maklumat tambahan berkenaannya diperoleh. Peranti ini akan mula dijual pada tengah malam 6 November 2014 di Blue Cube @ Sunway Pyramid dan bagi mereka yang ingin memilikinya perlu mendaftar dan beratur pada 5 November bermula pukul 6 petang. Pembeli bertuah pada hari tersebut juga berpeluang menikmati diskaun sehingga RM600 disamping membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM 1,000 kerana menjadi pembeli terawal.

Sekiranya peranti ini dibeli tanpa kontrak, iPhone 6 akan dijual pada harga RM2399 untuk versi 16GB, RM2749 untuk 64GB, dan juga RM3149 untuk versi 128GB. Sementara untuk iPhone 6 Plus pula, ia akan dijual pada harga bermula RM2749 untuk 16GB, RM3149 untuk 64GB, dan juga RM3549 untuk 128GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd