Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini secara rasminya membuka pusat khidmat eksklusif terbaru daripada mereka di Malaysia, yang mana akan menjadi pusat setempat untuk pengguna mencuba pelbagai produk Xiaomi, disamping mendapatkan khidmat pelanggan untuk produk-produk yang telah dibeli oleh mereka.

Xiaomi Plaza Lowyat

Buat masa ini, jaminan melalui pusat khidmat eksklusif ini meliputi produk yang dibeli di pasaran Malaysia dan juga Singapura, dan pengguna boleh mendapakan khidmat nasihat dan pembaik-pulihan di sini. Xiaomi menjanjikan yang mana pengguna boleh membaik-pulih kerosakkan atau masalah pada peranti mereka dalam masa kurang 2 jam di pusat khidmat eksklusif ini.

Pihak Xiaomi turut mengatakan yang mana mereka turut akan menawarkan beberapa aksesori melalui pusat khidmat ini, membolehkan pengguna turut mendapatkannya melalui kedai eksklusif ini selain daripada melalui web. Produk seperti telefon pintar masih akan dijual secara eksklusif melalui web.

Bagi anda yang berminat, boleh melawati pusat khidmat Xiaomi ini yang terletak di 04-11 Plaza Lowyat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd