Cari @ Amanz

MinecraftPeminat permainan Minecraft? Hari ini, Microsoft secara rasminya menerbitkan permainan rasmi Minecraft Pocket Edition untuk para pengguna Windows Phone, dimana ia dijual pada harga RM24.49 melaluinya.

Minecraft merupakan salah satu permainan yang memfokuskan kepada pengguna perlu menyusun block kotak, dan pada masa yang sama melalui siri jelajah pada permainan berkenaan. Minecraft Pocket Edition hadir dengan beberapa mod permainan, termasuk sokongan memainkan ia secara multiplayer dengan berhubung ke rangkaian WiFi yang sama. Sokongan multiplayer lain masih tidak disertakan buat masa ini pada versi ini.

Microsoft sebelum ini telah mengambil-alih syarikat Minecraft, dan kini dibawah Microsoft, mungkin kita akan dapat melihat beberapa penambah-baikkan ditawarkan oleh mereka. Memandangkan ia kini telah menjadi milik Microsoft secara rasminya, harga RM24.49 ini boleh dikatakan agak tinggi. Harga jualan globalnya (mengikut harga USD) adalah menyerupai pada platform Android dan iOS, tetapi untuk pengguna tempatan, Google Play Store tempatan menawarkan Minecraft pada harga RM19.73.

Apa pun, bagi anda yang meminati permainan Minecraft, mungkin boleh mendapatkan permainan ini daripada Windows Phone Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd